Wednesday, June 27, 2007

23

“Dah lama abang kawan dengan Kak Syue?”

“Adalah dalam 3 tahun. Kenapa?”

“Hah?! 3 tahun dan sekarang baru Dee tahu? Tak patut betul,” ucap Dayana kecil hati.

“Memanglah dah 3 tahun kawan tapi baru beberapa bulan abang dengan dia serius. Itu sebab Yana baru tahu,” jelas Amar Mukhlis yang sudah dapat menghidu rajuk Dayana yang baru hendak bermula.

“Ye sangatlah tu…”

“Betul…abang tak tipu. Abang baru je serius dengan Kak Syue. Dulu setakat kawan biasa je jadi abang malaslah nak kecoh-kecoh,”

“Apa-apa sajalah…tahulah Dee ni siapa kan,”

“Ye ke? Abang tak tahu siapa Dee. Dee ni siapa, ek?” soal Amar Mukhlis mengusik.

“Dee tahulah yang Dee ni orang luar so memang selayaknyalah Dee jadi orang terakhir yang tahu apa saja berita keluarga kita,”

Jawapan Dayana membuatkan Amar Mukhlis terdiam. Tak disangka bahawa surprisenya untuk Dayana mengundang rajuk di hati adik kesayangannya itu. Sesungguhnya dia, Amir, papa dan mama tidak pernah menganggap Dayana orang luar meskipun status sebenar Dayana hanyalah adik sepupunya.

“Dee..bukan macam tu…abang cuma..”

“It’s okey,” jawab Dayana perlahan. Akhirnya sepanjang perjalanan pulang dia hanya diam. Hanya lagu yang berkumandang di radio saja yang kedengaran.

Dayana terus melangkah keluar sebaik saja kereta berhenti. Amar Mukhlis hanya memandang. Dia tahu Dayana merajuk.

“Macam mana birthday party tu?” soal Puan Mariah sebaik saja terpandang wajah Dayana.

“Meriah, ma,”

“Betul ke meriah? Kalau betul meriah kenapa mama tengok muka anak gadis mama ni monyok je,”

“Monyok ke? Mana ada? Mengantuk la..kan dah pukul 11.30 ni,” jawab Dayana berdalih kerana dia tidak mahu bercerita apa-apa pada Puan Mariah.

“Abang mana?”

“Kunci pintu pagar. Oklah, Dee naik dulu. Selamat malam, ma,” ucap Dayana seraya mencium tangan dan pipi mamanya.

“Selamat malam,”

Puan Mariah hanya memandang Dayana yang melangkah ke biliknya.

“Mama tak tidur lagi?” tegur Amar Mukhlis sebaik saja dia terpandang Puan Mariah yang masih berjaga di ruang tamu.

“Mama tengok Astaka Perdana tadi,”

“Yana mana, ma? Kat dapur atau dah naik ke bilik?”

“Dah naik ke bilik. Kenapa dengan adik kamu tu? Mama tengok mukanya monyok semacam je,” soal Puan Mariah ingin tahu.

“Dia merajuk dengan Amar. Tapi esok ajelah Amar cerita pada mama. Sekarang ni Amar nak naik atas, nak bersiap untuk tidur. Selamat malam, ma,”

“Selamat malam,”