Thursday, February 8, 2007

12

“Amacam, bang?” soal Amar Mukhlis pada Amir Mukhlis yang sedang berbaring.

“Amacam apa?” Soalan Amar Mukhlis dijawab dengan soalan juga.

“Kak Ika, amacam? Dah settle?” soal Amar Mukhlis lagi, ingin tahu.

“Settle apanya. Makin teruk merajuknya. Malas abang nak pujuk, dua tiga hari lagi okeylah hendaknya. Tak larat abang nak layan kerenah dia tu,” luah Amir Mukhlis.

“Makin teruk? Kenapa?”

“Dia cemburukan adik kita yang sorang tu la. Dia kata abang selalu lebihkan Dee. Abang tak fahamlah kenapa dia cemburukan Dee….”

“Ish…Kak Ika kan kenal Dee, kenapa pulak nak cemburu,”

“Itulah yang abang pening ni. Abang kata Dee tu adik tapi dia jawab bukan adik tapi sepupu je. Entahlah, ni belum lagi jadi isteri. Esok-esok dah jadi isteri macam manalah agaknya. Ada yang makan hati,”

“Abang kena nasihatkan Kak Ika tu. Dee takde sesiapa melainkan kita, papa dan mama,”

“Abang tahu dan abang ingat. Nantilah abang fikir macam mana nak buat dengan Kak Ika,”

“Lagi satu, Amar rasa Dee macam terasa dengan buah hati abang tu,”

“Terasa?”

Amar mengangguk.

“Terasa maca mana?”

“Mungkin dia terasa Kak Ika tak suka dia. Lepas tu dia siap pesan pada Mar,”

“Pesan apa?”

“Dia kata kalau Mar nak cari kekasih tolong jangan cari yang macam Kak Ika yang kuat cemburu dan merajuk tu,” ujar Amar Mukhlis sambil ketawa kecil, Amir Mukhlis turut ketawa sebelum meneruskan kata-kata.

“Kenapa?”

“Sebab..dia kata kalau macam Kak Ika, nanti susah nak bermanja dengan Mar. Dia kata sekarang pun macam dah susah nak bermanja dengan Abang Long,” jelas Amar Mukhlis. Amir Mukhlis terkedu mendengar kata-kata adiknya. Benarkah Dayana kata begitu, telah hatinya.

“Dee tahu tak tentang Syue?” tanya Amir Mukhlis dan Amar Mukhlis tersenyum dan menggelengkan kepala.

“Tak tau? Tapi mama tahu kan?”

“Yup, mama tahu tapi Mar dah pesan pada mama jangan cakap apa-apa pasal Syue pada Dee. Nanti Mar nak buat surprise pada Dee,”

“Bila?”

“Next week birthday Syue jadi masa tu Mar nak kenalkan diaorang,”

“Syue tahu tentang Dee? Maksud abang siapa Dee dalam keluarga kita,”

“Dah, semua Mar dah cerita pada Syue dan alhamdulillah Syue faham. Dia dah tak sabar nak jumpa Dee,”

“Baguslah. Sekurang-kurangnya takde la Dee tertekan sebab kakak ipar dia seorang lagi okey. Eh, hari tu kata nak buka business barang-barang perkahwinan tu. Jadi ke?”

“Syue dah dapat buat pinjaman, tunggu masa je nak launch. Mar ingat nak minta Dee kerja dengan Syue kat kedai tu nanti. apa pendapat abang?”

“Bagus juga. Abang cadangkan dia kerja dengan company abang dia tak nak, suruh kerja kat pusat tuisyen kau pun dia tak nak. Katanya nanti takde sapa nak kawan dengan dia sebab dia adik boss,” jelas Amir Mukhlis sambil ketawa kerana teringatkan kata-kata adiknya.

“Ada ke macam tu. Bertuah betul adik kita tu. Takpelah, nanti Mar bincang. Okeylah, mengantuk rasanya. Nasib baik esok lagi sehari cuti bolehlah bangun lewat. Okey, bang. Selamat malam,” ucap Amar Mukhlis.

“Selamat malam,”

11

“Sampai bila nak merajuk ni? Pening kepala I jadinya. Tadi Dee merajuk, now U pulak. Tak kan perkara kecil macam tu pun U nak besar-besarkan,” ujar Amir Mukhlis lembut.

“Kalau Dee merajuk U pujuk tapi I merajuk U tak nak pujuk. Memang U tak adil,” bentak Farina Zulaika.

“Bila pulak I tak pujuk? Kalau I tak nak pujuk, I tak jemput U, tak bawa U keluar. Ni dah setengah jam I cuba pujuk U tapi U masih nak merajuk. Please Ika, jangan buat I macam ni,”

Amir Mukhlis memandang wajah Farina Zulaika yang kelat. Kadang-kala dia bosan dengan sikap gadis yang kuat merajuk itu tapi gadis itu jugalah yang dia sayang, dia cinta.

“Petang semalam masa I call ajak U keluar hari ni U kata U nak rehat dekat rumah la tapi tadi I call U dah kat luar. Kenapa?”

“La..kan I dah kata I kena pujuk Dee, dia merajuk dengan I, tak nak bertegur dengan I,”

“Balik-balik Dee, apa istimewanya Dee sampai dia merajuk U nak kena bawa dia keluar?”

“Ika! She’s my sister. Don’t U understand?”

“Correction! She’s not your sister but your cousin, right?”

Amir Mukhlis mendengus kasar, dia memandang Farina Zulaika tajam.

“Memang Dayana sepupu I tapi papa dan mama dah jaga dia sejak kecil lagi, sejak Pak Su dan Mak Su. I dan Amar dah anggap Dee sebagai adik kami bukannya sepupu kami. Ika, kita kenal dan kawan bukan baru tau dan U sendiri kenal Dee bukan setahun dua tapi dah bertahun, sejak kita kenal form 4 dulu until now. U sepatutnya tak boleh nak jeleskan Dee,”

“I tau tapi I tak suka U lebihkan dia. I tak suka! U faham tak?” ujar Farina Zulaika kasar lalu berdiri.

“U nak ke mana?”

“I nak balik. Ingatkan U nak pujuk I tapi menyakitkan hati I adalah,”

“I dah pujuk tapi U yang keras hati. Jom, I hantar,” ujar Amir Mukhlis turut berdiri.

“Tak payah, I boleh ambil cab kat depan tu,” jawab Farina Zulaika sambil melangkah ke luar. Amir Mukhlis hanya memandang sambil menggelengkan kepala.

* * *

“Kenapa anak teruna papa ni senyap je?”

Amir Mukhlis mendongak memandang Encik Fadzil.

“Penat,” jawab Amir Mukhlis pendek.

“Balik dari jumpa buah hati pun penat?”

“Erm..penat melayan kerenah Ika tu, papa,” adu Amir Mukhlis pada Encik Fadzil.

“Kerenah Ika?”

“Dia merajuk dengan Mir sebab Mir bawa Dee keluar. Dia kata Mir lebihkan Dee sedangkan…” belum sempat Amir Mukhlis menghabiskan ayatnya, dia nampak Dayana sedang berjalan ke arah dia dan papanya.

“Abang, papa. Jom makan, dinner dah siap. Abang Ngah mana? Tadi ada kat sini,”

“Atas, tadi ada call. Pergilah panggil,” beritahu Amir Mukhlis. Dayana menapak ke atas. Amir Mukhlis memandang Dayana sekilas kemudian memandang Encik Fadzil semula.

“Ika tak suka Mir lebihkan Dee sebab katanya Dee hanya sepupu Mir. Salahkah Mir kalau Mir melebihkan Dee?” soal Amir Mukhlis.

“Tak salah tapi Mir kena jelaskan pada Ika,”

“Ika saja tak nak terima semua tu, papa. Dia bukan tak tahu tentang Dee, dia tahu tapi saja nak cari pasal. Kadang-kala Mir rasa bosan dengan sikap dan kerenah Ika tu tapi Mir sayangkan dia, Mir juga sayangkan Dee. Keduanya Mir sayang, seorang kekasih, seorang adik. Serba-salah dibuatnya,”

“Itulah dugaan namanya. Apa pun Mir kena ingat, Yana tak ada sesiapa di dunia ni melainkan kita berempat jadi walau apa pun, Mir dan Amar jangan abaikan dia,”

“Mir tahu papa. Insya-allah kami akan jaga dia sampai bila-bila. Eh, jomlah kita ke dapur, nanti anak dara papa turun dia tengok kita masih kat sini, bising pulak dia. Kalah mama,”

“Jom,”

Encik Fadzil dan Amir Mukhlis bangun dan melangkah ke dapur dan dalam masa yang sama Dayana dan Amar Mukhlis sedang menuruni anak tangga juga ingin ke dapur.

10

“Kesian abang,” bisikku perlahan.

“Kesian abang? Dee kesian kat abang yang mana ni?” tanya mama yang sedang membaca majalah Mingguan Wanita.

“Abang Long,” jawabku.

“Kenapa dengan Abang Long? Yana dah habiskan duit Abang Long ke?” tanya mama lagi.

“Bukan pasal duit tapi pasal kekasih abang tu. Ada ke patut merajuk dengan abang sebab abang bawa Dee keluar, tak bawa dia. Patut ke mama?” soalku lalu berpusing mengadap mama.

“Ika merajuk dengan Amir? Mama tak percayalah, mama tengok dia tu baik je,” jawab mama seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku katakana. Aku membulatkan mata.

“Betul, ma. Bukannya Dee buat cite. Kalau mama tak caya, mama tanya kat Abang Ngah,” ujarku lalu segera menjerit memanggil Abang Ngah.

“Macam anak tarzan je. Kenapa?” soal Abang Ngah sebaik saja dia muncul di ruang tamu. Kira kuat juga suara aku sebab boleh panggil Abang Ngah kat atas turun.

“Mama tak percaya bila Dee kata Kak Ika merajuk sebab Abang Long bawa Dee keluar hari ni,” ujarku mengadu pada Abang Ngah.

“Betul ke, Mar? Mama tak percaya,”

“Betul, ma. Masa kami tunggu Dee kat Mc Donalds tadi Kak Ika call Abang Long. Lama juga lepas tu Abang Long kata Kak Ika merajuk sebab tak bawa dia keluar tapi bawa Dee keluar,”

“Ntah apa-apa je Kak Ika tu. Dia lupa ke dia tu bukan sesapa pun dengan Abang Long. Setakat kekasih tapi Dee kan adik Abang Long. Belum kawin dah macam tu. Agaknya dia jeles dengan Dee kot sebab Abang Long selalu manjakan Dee,”

“Ish…Yana apa cakap Kak Ika macam tu? Dia kan bakal kakak ipar Yana,” ujar mama memarahiku.

“Abang Ngah, nanti kalau nak cari kekasih jangan cari yang kuat cemburu dan kuat merajuk. Kesian pada Dee,”

“Kesian Dee? Apa kena mengena dengan Dee pulak?”

“Ye lah, dah kalau kuat cemburu dan kuat merajuk macam mana Dee nak bermanja dengan Abang Ngah. Sekarang ni pun Dee dah macam tak boleh nak manja-manja dengan Abang Long. Ingat tau,”

“Baiklah mem besar,” ucap Abang Ngah sambil mengosok kepalaku. Nasib baik gosok kepala, kalau tarik hidung memang nak kena karate.

“Ma, papa mana?”

“Dari tadi balik, duduk tengok tv baru sekarang nak tanya papa mana?”

Aku tersengih,

“Ingat papa kat atas tu pasal tak tanya. Papa mana? Kereta ada tapi tak nampak bayang pun,”

“Papa ada meeting dengan AJK Surau. Pakcik Rahmat datang ambil tadi,”

9

“Amir, bawa kereta elok-elok. Ingat sikit siapa ada dalam kereta tu,”

“Don’t worry, ma. Amir ingat yang Amir bawa Amar dan budak nakal,” ucap Abang Long sambil ketawa kecil.

“Takpe, ma. Kalau Abang Long bawa kereta macam pelesit, nanti Dee report kat mama, ek. Okey, ma. Bye-bye,”

“Okey, ma. Kami jalan dulu, assalamualaikum,”

“Kita nak pergi mana ni?” soalku sebaik saja Satria Hijau Abang Long keluar dari kawasan kediaman kami.

“Parade?” soal Abang Ngah.

“Hah?! Tak naklah. Tak sesuai lah tempat tu, budak-budak sekolah bolehlah. Kita pergi JJ ajelah. Best sikit, semua barang yang Dee nak beli ada kat situ,” ujarku memberikan cadangan.

“Semua barang?”

“A’ah. Kan Abang Long dengan Abang Ngah nak belanja Dee ari ni so banyaklah barang yang Dee nak beli,” jawabku selamba.

“Correction, bukan Abang Ngah tapi Abang Long sebab Abang Long yang buat Dee merajuk,”

“Tak kisahlah, janji ari ni Dee leh shopping tanpa perlu keluarkan duit. Seronoknya,”

* * *

Ada novel baru, bisikku sendiri lantas mencapai karya terbaru Aisya Sofea. Aku leka membaca synopsis novel tersebut tanpa mempedulikan orang lain.

“Sorry,” ucap satu suara di belakangku. Aku menoleh seketika kemudian berganjak ke depan sedikit untuk memberi ruang kepada lelaki yang mengucapkan ‘sorry’ tadi mengambil buku di rak di belakangku. Eh, macam pernah tengok je lelaki ni, bisikku perlahan. Aku menoleh sekali lagi dan secara kebetulan lelaki itu pun turut berpaling ke arahku.

“Ye, ada apa?” soalnya.

“Tak ada apa-apa. Ingatkan abang saya tadi,” jawabku sambil melemparkan senyuman. Aku meneruskan kembali bacaan yang terganggu tadi. Tiba-tiba alunan lagu Sexy Back berkumandang dari dalam beg dibahuku. Aku meletakkan buku yang dipegang dan mengambil handphone.

Lama lagi ke kat MPH tu?
Klu dh beli semua buku kat situ, dtg Mc D.
Abg dgn Abg Long dh lapar ni….

Aku tersenyum membaca sms dari Abang Ngah. Ada ke beli semua buku, macam la duit yang dia bagi tadi cukup.

On the way…

Kemudian, aku menyimpan kembali handphoneku dan aku mencapai novel Aisya Sofea yang kubelek tadi dan berjalan ke kaunter bayaran.

“Ada MPH kad?” soal petugas di kaunter ketika aku membuat pembayaran. Aku hanya menggelengkan kepala. Setelah selesai membayar, aku bergerak ke escalator untuk turun ke Mc D. Tidak sukar untuk aku mencari Abang Long dan Abang Ngah di dalam Mc Donalds tu kerana tidak ramai orang.

“Untuk Dee dah ada ke belum?” soalku sebaik saja aku labuhkan punggung ke sebelah Abang Ngah.

“Mc Chicken, large set,” ujar Abang Long. Aku senyum.

“Berjam-jam kat MPH tu, borong buku satu MPH ke?” perli Abang Ngah.

“A’ah, borong satu MPH. Macam cukup duit,”

“Dee beli buku apa?” soal Abang Long sambil menjeling plastic MPH yang aku letak di atas kerusi di sebelahnya.

“Adik kita ni bukan ada buku lain yang dia nak beli, bang. Kalau tak beli novel mesti beli buku yang ada kaitan dengan website, IT. Dia kan ‘pakar’ IT,”

“Pandai pun Abang Ngah tapi kali ni Dee beli novel aje. Buku IT takde yang berkenan,”

“Aik, buku pun ada berkenan, ada tak berkenan ke?” soal Abang Long sambil mengerutkan dahi. Aku mengangguk.

“Apa lagi nak beli?”

“Erm..semua dah beli. Kenapa?”

“Takde apa. Kalau semua dah beli okeylah. Lepas makan boleh balik,”

“Awalnya nak balik. Ni mesti ada apa-apa ni,” ujarku memandang Abang Long dan Abang Ngah silih berganti.

“Abang nak kena pujuk Kak Ika,” jawab Abang Long.

“Pujuk Kak Ika? Kenapa?”

“Dia merajuk sebab abang bawa Dee keluar tapi tak bawa dia,”

“La…kalau macam tu kena telanlah Mc Chicken ni. Kalau kunyah nanti lambat pulak abang jemput kekasih abang tu. Kalau lambat lagi panjanglah rajuknya,”

“Ish..ada ke macam tu,” ujar Abang Long.

“Ada,” jawabku ketawa kecil.




8

“Macam mana ni?” soal Amar Mukhlis pada abangnya. Dia mati akal untuk memujuk Dayana.

“Ntah, abang pun no idea. Kali ni memang dia merajuk sungguh-sungguh,” balas Amir Mukhlis.

“Ya lah. Korang dah berjanji, dia dah bersemangat, sanggup korbankan tidur. Selalu kalau hari cuti kan Yana sambung tidur lepas Subuh, pagi tadi dia korbankan tidur dia sebab janji dengan kamu berdua. Alih-alih kamu berdua mungkir janji, mengamuklah dia,”

“Macam mana ni, ma? Ma tolong pujuk boleh?” pinta Amir Mukhlis.

“Mama cuba tapi tak janji berjaya ke tidak,” ujar Puan Mariah bersetuju membantu untuk memujuk Dayana.

“TQ, ma,” ucap Amir Mukhlis. Doanya agar adiknya akan termakan pujukan mama mereka.

* * *

“Yana, boleh mama masuk?”

“Boleh, masuklah,” jawab Dayana dari dalam.

“Buat apa tu?” soal Puan Mariah sebaik saja dia melabuhkan punggung ke katil milik Dayana.

“Surf internet. Sambil cari kerja kosong. Bosan juga kerja kat tempat sekarang ni,”

“Yana, mama ni datang bawa hajat,”

Dayana merenung Puan Mariah,

“Hajat? Hajat apa, ma?”

“Abang Long dan Abang Ngah minta mama pujuk Yana. Siaplah, diaorang nak bawa Yana keluar,”

“Ala…malas la. Dee tengah syok baca cerita ni,” dalih Dayana.

“Janganlah macam tu, tak kesian ke dekat Abang Long dengan Abang Ngah?”

“Biarkan. Selalu kalau diaorang mungkir janji Dee diamkan je tapi kali ni rasa geram sangat,”

“Betul tak nak keluar? Tadi mama dengar Abang Long cakap Yana boleh ambil apa yang Yana nak, semua dia bayar. Kalau tak pergi, rugi tau,” pujuk Puan Mariah sambil menggosok lembut bahu Dayana. Kalau kena gayanya, rajuk anak gadisnya itu akan hilang.

“Betul ke? Ntah-ntah saja je abang tu main-main. Nak pancing,”

“Yana ikut je. Kalau abag tipu, balik nanti Yana bagitau mama,”

Dayana diam, tak tahu nak buat keputusan. Subuh tadi memang dia marah tapi selepas Abang Ngahnya memujuk tadi, marahnya hampir hilang cuma dia saja buat-buat merajuk, nak menguji sejauh mana kedua abangnya sanggup memujuk dan melayan kerenahnya.

“Okey, Dee siap. Mama turun dulu, ye. Kejap lagi Dee turun,” ucap Dayana.

* * *

“Macam mana, ma?” soal Amir Mukhlis sebaik saja Puan Mariah tiba ke ruang tamu.

“Ma?” soal Amar Mukhlis pula.

“Yana tengah siap. Kamu berdua apa lagi, pergilah siap. Nanti kalau dia merajuk sebab kamu berdua lambat, mama tak nak pujuk dah,”

“Orait, madam. Kami siap,” jawab Amir dan Amar Mukhlis serentak lalu keduanya berlari memanjat anak tangga menuju ke bilik.

Friday, February 2, 2007

7

“Amboi…kusyuknya makan. Sampai abang datang pun buat tak reti je,”

Aku buat-buat tak dengar apa yang dikatakan oleh Abang Ngah sebaliknya meneruskan suapan.

“Janganlah marah kat abang. Bukan abang yang salah tau, Abang Long yang salah sebab dia yang mungkir janji dengan Dee. Abang tertidur, dah Abang Long tak kejutkan mana abang nak sedar,” Aku hanya mendengar penjelasan Abang Ngah. Biarkan dia cakap seorang diri, aku tak akan jawab apa-apa selagi sakit hati aku belum hilang. Aku meneguk milo di cawan. Kemudian terus bangun dan membawa mangkuk dan cawan yang aku gunakan ke sinki.

“Dee…janganlah macam ni. Erm..abang dan Abang Long nak bawa Dee gi shopping. Nak tak? Dee nak beli apa pun boleh, semua tanggung beres,” ujar Abang Ngah memujuk aku. Hehehe padan muka, gelabah tengok aku merajuk, aku ketawa dalam hati.

“Dee banyak kerja la. Nak siapkan modul untuk kelas computer. Next week ramai student baru, modul belum siap,” ujarku membuat alasan.

“Ala…jomlah. Nanti abang dan Abang Long tolong Dee buat modul tu. Hari ni kita keluar shopping,” pujuk Abang Ngah lagi. Tapi aku masih membisu dan terus menghayun langkah ke depan meninggalkan Abang Ngah seorang diri di dapur.

“Anak mama dah kenyang ke?” soal mama sebaik saja aku tiba di ruang menonton. Aku sekadar mengangguk. Kemudian aku mengambil remote control dan menekan butang on.

“Ni yang bosannya, asyik kartun je. Macamlah semua orang nak tengok kartun pagi-pagi ni,” rungutku namun aku terus memandang kaca tv. Tak lama kemudian, muncul Abang Ngah dari dapur.

“Dee tak nak ikut la, Abang Long,” Aku mendengar Abang Ngah mengadu pada Abang Long.

“Kenapa pulak? Jomlah, abang dengar Dee cakap bosan tadi sebab siaran tv semua tayang kartun,” ujar Abang Long memujuk.

“Yana, pergilah. Abang nak bawa pergi shopping tu. Tadi mama dengar diaorang kata Yana boleh beli apa yang Yana nak, diaorang bayar,” ujar mama pula memujuk aku. Aku masih membatukan diri.

“Pergilah, boleh lunch kat luar,” pujuk papa pula.

“Malaslah. Kalau lunch kat luar siapa nak makan makanan yang mama masak?” jawabku.

“Hari ni mama tak masaklah, sayang. Mama dan papa ada jemputan kenduri. Kalau Yana tak nak ikut abang, Yana ikut papa dan mama tengahari nanti, nak?”

“Hah?! Kenduri? Malaslah,”

“Habis nak lunch apa nanti?” soal mama.

“Erm..tengoklah apa yang ada. Goreng telur pun cukup,”

“Aduhai..teruknya anak dara mama merajuk dengan kami. Macam mana nak buat ni ma, pa?”

Aku menekan off pada butang remote dan bangun.

“Nak kemana tu?” soal papa dan mama serentak.

“Bilik, surf internet,” jawabku dan terus melangkah.

“Tak habis-habis dengan internet. Jomlah keluar,” pujuk Abang Long.

“Malas!!” jawabku dan berlalu meninggalkan mereka.

6

“Dah tau Yana tu macam tu kenapa buat dia marah?” Encik Fadhil menyoal kedua-dua anak terunanya.

“Adik tu sensitive sangat, pa. Amir bukan sengaja,” jawab Amir Mukhlis.

“Memang dia sensitive tapi perangai sensitive dia tu bukan baru tapi dah lama, sejak dia sekolah menengah lagi. Kamu berdua ni, hati adik seorang pun tak boleh nak jaga ke? Papa tengok dia banyak bertolak ansur dengan kamu,”

“Nanti biar Amar yang pujuk dia,” ujar Amar Mukhlis.

“Papa tak nak bezakan anak-anak papa. Walaupun Yana tu bukan anak kandung papa dan mama, bukan adik kandung kamu berdua, papa tak nak kamu berdua buli dia sesuka hati. Faham?”

Amir Mukhlis dan Amar Mukhlis hanya menganggukkan kepala. Mereka sedar bahawa Azlin Dayana hanya sepupu mereka tetapi apabila papa dan mama mereka membela dan menjaga Azlin Dayana sejak kecil maka mereka menganggap gadis itu sebagai adik mereka sendiri.

“Abang ada apa-apa plan tak untuk pujuk Dee?” soal Amar Mukhlis pada abangnya.

“Nak ajak pergi tengok movie, malam tadi baru je tengok. Kita bawa pergi shopping la. Adik kita tu kalau nak beli barang guna duit dia sendiri kan dia kedekut sikit so kita belanja dia. Amacam?”

“Hah! Elok sangatlah tu. Bawa Yana keluar jalan-jalan, beli apa yang dia nak lepas tu makan kat luar. Tak payah mama masak,” ujar Puan Mariah memberikan cadangan.

“Kalau dah awak tak nak masak, kita kat rumah ni nak makan apa, Puan Mariah?”

“Awak dah lupa ke Encik Fadhil? Haji Sulaiman kat hujung lorong ni jemput ke rumahnya tengahari ni. Ada majlis kenduri doa selamat untuk cucu sulungnya,”

“Hari ni ke? Nasib baik awak ingat, saya dah terlupa dah,” ujar Encik Fadhil sambil tersenyum.

“Ni, siapa yang nak pujuk adik tu? Amir ke Amar?” soal Puan Mariah kepada anak terunanya.


“Biar Amar yang pujuk, ma. Dia kan expert bab pujuk memujuk ni,” Amir Mukhlis bersuara sebelum adiknya berkata apa-apa.

“Oo…pandai. Abang yang buat Dee marah dan merajuk, Amar pulak yang kena pujuk. Pandai. Tapi takpe, Amar pujuk tapi nanti semua perbelanjaan Abang Long yang tanggung,” ujar Amar Mukhlis lalu bangun dan melangkah ke dapur.

5

Dah pukul 10, bisikku tatkala melihat jam di tepi katil. Aku menutup tetingkap laman web dan blog yang aku buka tadi kemudian menggeliat malas. Terasa lenguh pinggang disebabkan terlalu duduk mengadap internet. Jari-jemariku pantas melarikan tetikus untuk shut down laptop. Sebaik selesai, aku mencapai tuala dan menghilangkan diri di sebalik pintu bilik air. Shower kubuka dan aku menghulurkan kaki. Sejuknya…menggigil sekejap aku dibuatnya namun aku tetap menahan kesejukan itu dan meneruskan bersiram. Hampir setengah jam bersiram aku keluar dan bersiap untuk turun sarapan.

“Morning ma, pa,” sapaku pada mama dan papa yang sedang duduk di ruang menonton.

“Buat apa kat atas? Tidur ke?” soal papa.

“Takdelah. Dee surf internet. Masuk blog kawan-kawan, baca enovel, download lagu. Papa dan mama dah breakfast?” soalku sambil duduk disebelah mama.

“Pukul 7.30 tadi lagi papa dah sarapan. Nak tunggu Yana, jawabnya buat lagu keronconglah perut papa ni,”

“La..awat papa tak panggil Dee sarapan dengan papa?” soalku buat-buat merajuk.

“Saja papa tak nak panggil. Mama kata Yana marah dan merajuk dengan abang. Kenapa?”

“Ala…papa ni. Mama mesti dah cerita. Dee malas nak cerita, sakit hati,”

“Merajuk ke marah?”

Aku menoleh sebaik mendengar suara Abang Long.

“Dee marah ke dengan abang dan Abang Ngah?” soal Abang Long lagi.

Aku hanya menjeling. Malas nak jawab.

“Ma, pa. Dee gi dapur ek, lapar,” ujarku lalu bangun menuju ke dapur.

“Dee, napa tak jawab soalan Abang Long? Marah kat kami lagi ye?” soal Abang Ngah pula. Aku memandang…

“Marah, sakit hati, menyampah. Semua ada,” jawabku lalu terus meninggalkan mereka. Dah tentu aku sakit hati lagi nak tanya, eeiiii geramnya rasa macam nak karate je, desis hatiku kegeraman.



4

Puan Mariah terkejut mendengar bunyi pintu bilik dihempas kuat. Pantas dia menutup api dapur dan melangkah ke tingkat atas.

“Kenapa, Mir?” soalnya pada Amir Mukhlis yang tercegat di depan pintu bilik.

“Anak kesayangan mama tu mengamuk,” jawab Amir Mukhlis. Dia juga sebenarnya terkejut dengan tingkah Dayana sebentar tadi.

“Mengamuk? Kenapa? Bukan kamu bertiga nak pergi jogging pagi ni?”

“Sebab jogging la di mengamuk,”

“Mama tak faham. Tadi kat dapur dia punyalah semangat nak berjogging, ni mengamuk pulak. Kenapa?” soal Puan Mariah inginkan kepastian dari anak terunanya itu.

“Dee mengamuk sebab tak jadi jogging. Mir mengantuklah, Amar pun tidur lagi so cancel lah,”

“Cancel? Habis adik kamu tak tau la korang tak jadi jogging?” soal Puan Mariah dan Amir Mukhlis mengangguk.

“Kamu ni, patutlah Yana marah. Bukan kamu tak tau adik kamu tu kan pantang kalau tak bagitau kalau nak cancel apa-apa program. Mama tak nak campur, kamu berdua pujuk dia nanti. Mama nak turun siapkan sarapan, nanti papa kamu balik dari masjid nak minum. Kamu pun bangun, jangan nak tidur lagi, kejutkan Amar sama,” ujar Puan Mariah lalu turun ke bawah. Amir Mukhlis hanya memandang mamanya turun. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Dia memandang ke arah bilik Dayana, dia pasti adiknya itu akan merajuk panjang.

“Apa yang kecoh-kecoh tu, Abang Long?” tanya Amar Mukhlis sebaik saja abangnya masuk ke bilik.

“Mama. Tanya kenapa dengan Dee,”

“Kenapa dengan Dee?”

“Marah, mengamuk dan merajuk,”

“Pagi-pagi macam ni?” soal Amar Mukhlis terkejut. Dia lantas bangun dan bersila di atas katil.

“Dia kejutkan Abang Long tadi, tanya pukul berapa nak pergi jogging. Abang Long kata cancel sebab abang mengantuk, kau pun berlingkar lagi. Pastu apa lagi, mengamuk la. Hempas pintu,”

“Jogging? Alamak, saya terlupa. Lepas solat tadi fikir nak sambung tidur je sebab ari ni kan cuti. Kenapa abang tak kejutkan saya?”

“Abang ingat kau memang tak nak jogging sebab mengantuk,”

“Habislah. Adik kita tu kalau dah merajuk bukannya sekejap, mau makan dua tiga hari ni,” luah Amar Mukhlis. Faham benar dengan kerenah adiknya itu. Amir Mukhlis mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Amar Mukhlis.

* * *

“Budak-budak mana?” tanya Encik Fadhil sebaik saja dia duduk di meja makan.

“Anak-anak teruna abang masih di atas, tadi saya dah kejutkan suruh bangun. Anak dara abang pun masih di atas, mengamuk dan merajuk dengan abang-abangnya,” jelas Puan Mariah sambil tangannya menuang air ke dalam cawan milik Encik Fadhil.

“Kenapa?” soal Encik Fadhil ingin tahu.

“Dia dah bersemangat nak berjogging, katanya dah janji dengan Amir dan Amar. Alih-alih budak bertuah dua orang tu cancel, mau tak mengamuk. Abang kan tahu perangai Yana tu macam mana, tak suka kalau janjinya tak ditepati dan batal program tanpa bagitau dia awal-awal,”

“Awak tak pergi tengok ke?”

“Saya tau dia tak buat perkara tak betul, biarkan budak berdua tu yang pujuk. Bukan tak tau perangai adik macam mana. Makanlah, bang. Jangan di tunggu budak-budak tu. Nanti tahulah mereka nak cari sarapan sendiri,”

3

“Assalamualaikum, ma. Pagi ni breakfast apa?”

“Waalaikumussalam. Mama baru nak goreng nasi. Kenapa bangun awal? Biasanya kalau hari cuti lepas solat Yana sambung tidur,”

“Semalam Abang Long dan Abang Ngah janji nak gi jogging tu pasallah Dee bangun awal,” jelasku pada mama.

“Jogging?”

“Iya, jogging. Napa, ma?”

“Yana kan jarang ikut abang jogging. Tak percayalah mama,” ujar mama sambil menggelengkan kepala.

“Memang Dee tak nak jogging tapi abang kata Dee dah gemuk. Diaorang yang paksa Dee jogging. Ma, betul ke Dee dah gemuk?” soalku pada mama, inginkan kepastian sebab bukan boleh percaya sangat cakap abang aku yang berdua tu.

“Takde lah gemuk tapi nampak macam berisi?”

“Betul ke? Ish…memang kena jogging. Mana abang ni,” rungutku sambil memandang ke depan.

“Entah-entah sambung tidur,”

“Okeylah, Dee nak pergi kejutkan abang. Bye, ma!” ujarku sambil mencium pipi mama.

* * *

“Abang, bangun!!” jeritku sebaik saja tiba di depan bilik mereka berdua.

“Abang, bangunlah cepat! Dah dekat pukul 7 ni,” jeritku lagi sambil tangan mengetuk pintu mereka dengan sekuat hati. Pantang sungguh aku kalau berjanji tak reti nak tunaikan. Kalau tak nak berjogging bagitau la awal-awal, boleh aku sambung tidur.

“Abang, ba…” belum sempat aku menghabiskan ayat, terjengul wajah Abang Long. Aku tersengih, nasib tak kena ketuk kepala.

“Apsal jerit-jerit ni? Praktis nak jadi tarzan ke?”

“Kata nak jogging, jomlah cepat,” ujarku memandang tepat ke muka Abang Long.

“Jogging? Tak jadilah, dik. Abang mengantuklah. Abang Ngah pun berdengkur lagi tu,”

“Hah?! Tak jadi? Kenapa tak bagitau awal-awal? Menyampahnya!!” ujarku lalu menolak tubuh Abang Long dan segera berlalu. Sakitnya hati Allah saja yang tahu. Sebaik tiba di bilik, aku menghempas pintu dengan kuat, biar Abang Long tahu yang aku sakit hati.

Thursday, February 1, 2007

2

“Awal Abang Ngah balik hari ni. Selalunya pukul 8 baru sampai rumah. Pelik sungguh,” ujarku sebaik saja tiba di rumah.

“Assalamualaikum, mama. Siram bunga ek?” tegurku sebaik saja nampak kelibat mama di taman bunga mini miliknya.

“Waalaikumussalam. Mana ada siram bunga, mama bagi mandi bunga je,” jawab mama loyar buruk. Amboi, mama pun pandai loyar buruk dah sekarang ni, bisikku. Aku hanya tersengih mendengar jawapan dari mama.

“Padan muka kena usik dengan mama, dah nampak mama siram bunga lagi mau tanya,” ujar satu suara. Aku menoleh.

“Apa mimpi Abang Ngah balik awal hari ni? Selalunya pukul 8 baru nampak bayang,” soalku sambil buat muka pelik. Sambil tu aku melangkah ke arah Abang Ngah yang sedang duduk di atas buaian.

“Tak baca ke sms yang abang hantar tadi?”

“Sms?” soalku dan tiba-tiba aku teringat insiden tadi. Sebab nak ambil handphone, nak baca sms la aku kena langgar.

“Abang ke hantar? Dee tak sempat nak baca, dah kena langgar,”

“Kena langgar? Siapa langgar? Kat mana?” soal Abang Ngah terkejut.

“Ada manusia bengong mana ntah yang langgar. Masa tu Dee tengah tunggu Abang Long pastu handphone bunyi. Dee pun gagau la cari handphone tiba-tiba kena langgar. Habis jatuh berterabur buku dan fail. Yang Dee geram tu, manusia bengong tu bukannya nak stop minta maaf atau tolong kutip balik harta benda Dee yang jatuh tu tapi dia terus jalan. Sakitnya hati. Semua Abang Long punya pasala,” aduku pada Abang Ngah.

“Hah! Tu apsal sebut-sebut nama abang tu?”

“Ni, adik manja kita ni kena langgar. Katanya dia kena langgar sebab abang,” jawab Abang Ngah bagi pihak aku.

“Tadi pun kata abang punya pasal. Cuba cite sikit,”

“Abang la. Janji macam apa je. Dee tunggu abang pukul 3.30 kat depan tempat keje Dee. Jangan lambat tau, lambat balik sendiri. Ye ye je suruh Dee tunggu pukul 3.30 tapi baying pun tak nampak. Dekat kul 4.30 pun tak nampak juga. Masa tunggu abang tu, sms bunyi, Dee kelam-kabut la nak ambil handphone dah la sebelah tangan dah pegang barang, tetiba kena langgar dengan sorang manusia yang bengong,”

“Manusia tu lelaki ke perempuan?” tanya Abang Long sebelum sempat aku menghabiskan cerita.

“Abang!! Selalunya kalau langgar orang dan buat perangai bengong tu orang lelaki. Orang perempuan ni dia lebih sopan. Faham?” ujarku geram.

“Okey, sorry. Sambung balik cite. Apa dia buat pada Dee?”

“Dia takde la buat apa kecuali dia langgar Dee tapi Dee geram sebab dia boleh blah macam tu je, tak say sorry dan tak tolong pun kutip buku dan fail Dee yang berterabur tu. Sakit hati!!!”

“Ala…dia nak cepat kot,” ujar Abang Ngah tiba-tiba. Aku memandangnya tajam.

“Nak cepat pun, stop la kejap. At least minta maaf, takde la orang rasa sakit hati. Eeiii…siaplah mamat tu kalau Dee jumpa satu hari nanti,”

“Dee nak buat apa?” soal Abang Long dan Abang Ngah serentak.

“Nak balas dendam,”

“Hah?! Nak buat apa?” soal mereka lagi.

“Nak langgar dia masa dia tengah bawa macam-macam benda lepas tu blah. Biar dia rasa cam mana Dee rasa masa dia buat kat Dee,”

“Ish…tak baiklah. Entah-entah dia tak sengaja, nak cepat,” ujar Abang Long seolah-olah membela sikap tidak bertanggungjawab lelaki berkenaan.

“Apsal backing mamat tu? Kawan abang ke?” soalku tak puas hati.

“Bukan, tak kenal pun,”

“Menyampahnya, bukan nak bela adik sendiri, bela manusia bengong yang ntah sapa-sapa tu,” ujarku meluahkan rasa tak puas hati.

“Apa yang mama dengar riuh-rendah ni?”

“Adik ni, tengah geram sebab ada orang langgar dia dan blah macam tu je,” jawab Abang Long.

“La..mama ingatkan apalah tadi. Dah masuk pergi mandi. Kau pun sama Amar, masuk mandi. Baliknya dari tadi lagi tapi tak mandi-mandi,”

Aku bangun dan melangkah malas. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu,

“Napa Abang Ngah hantar sms tadi?”

“Nak ajak Dee tengok wayang. The Lake House. Keanu Reeves berlakon,”

“Really? Ok, show kul berapa?”

“Midnight show,”

“Midnight?” soalku. Aku lihat Abang Ngah hanya menganggukkan kepala.

“Esok kan cuti. Lupa ke?”

“A’ah…hehehe lupa. Kita tengok berdua ke?”

“Bertiga,” jawab Abang Long tiba-tiba.

“Bertiga? Jangan kata Abang Long pun ikut,”

“Ye, kita pergi bertiga. Dah la, masuk mandi. Busuk,” perintah Abang Ngah. Aku hanya mencebik.

“Dia pun busuk kata orang,” jawabku selamba dan berlalu masuk ke rumah.

1

Mana Abang Long ni, kata suruh tunggu pukul 3.30, ni dah dekat kul 4.30 bayang pun belum nampak. Memang nak kena ni, rungutku geram. Pantang sungguh aku orang yang tak menepati masa ni. Tiba-tiba lagu Sexy Back dendangan Justin Timberlake berkumandang. Alamak, sms la pulak. Harap-harap Abang Long yang hantar. Aku membuka beg dan mencari telefon bimbit yang aku simpan. Susah nak pegang sebab tangan aku dah penuh dengan buku dan fail. Baru saja tanganku tersentuh Nokia 6085 milikku, aku terasa tubuhku dirempuh seseorang. Habis berterabur buku dan fail yang aku pegang.

“Jalan tak nampak orang ke?” marahku pada manusia yang merempuhku. Aku masih berdiri tegak dan memerhatikan manusia yang merempuhku itu. Hantu sungguh, dah la langgar orang, boleh buat tak tau je, desis hatiku. Lantas aku tunduk mengutip buku dan fail yang berterabur di atas lantai koridor tersebut.

“Apsal ni?” tegur satu suara. Aku mendongak kerana terkejut.

“Ni semua abang punya pasal la,” jawabku.

“Abang punya pasal?” soal Abang Long pelik. Aku menganggukkan kepala.

“Tak fahamlah, abang baru je sampai so apa kena mengena dengan Abang Long pulak?”

“Sebab abang lambat. Tu pasal jadi macam ni. Kete katne?” soalku sambil mata meliar mencari Satria Hijau milik Abang Long.

“Kat tepi Klinik Taqwa. Saja parking kat situ sebab tau kat depan ni kadang-kadang kan susah nak berhenti. Jom,”

“Jom tapi tolong Dee bawa buku dan fail ni,” ujarku lalu menghulur buku-buku dan fail yang tadinya ku pegang kepada Abang Long. Lalu kami sama-sama melangkah menuju ke Satria Hijau milik Abang Long berhampiran Klinik Taqwa.

“Amacam kerja hari ni? Okey?” soal Abang Long sebaik saja kami masuk ke dalam kereta.

“Macam biasa je, cuma Dee kena ajar lagi dua kelas sebab ramai yang baru daftar. Maklum ajelah cuti sekolah. Majority budak-budak yang tengah tunggu result SPM,”

“Tak nak cari kerja lain ke? Kerja dengan abang, tak pun kerja kat tuisyen center Abang Ngah,”

“Kerja lain? Erm..nantilah kalau Dee dah bosan keje kat computer center tu, Dee carilah keje lain. Tapi kan, Dee tak nak la keje dengan abang atau Abang Ngah. Tak best,”

Abang Long mengerutkan dahinya sebaik saja mendengar jawapanku.

“Kenapa?” soalnya ingin tahu. Aku senyum,

“Saja, malas. Nanti semua pergerakan terbatas. Nanti semua orang mesti macam hati-hati nak kawan dengan Dee sebab Dee adik ‘big boss’. Bosanlah,”

“Alasana tak kukuh,” ucap Abang Long sambil menarik hidungku. Aku pantas menepis. Pantang orang usik hidung aku, boleh penyek jadinya.