Friday, May 25, 2007

22

“Macam mana kerja?” soal Syuhada pada Dayana.

“Biasa je,”

“Kenapa tak kerja dengan Abang Amar atau Abang Amir?”

“Tak best la kerja dengan diaorang. Nanti setiap saat kena buat laporan,”

“Laporan apa?” soal Syuhada pelik dengan kata-kata yang dituturkan oleh Dayana.

“Laporan tu maknanya nak ke mana-mana kena bagitau. Abang-abang tu nampak je macam sporting tapi kawalan keselamatannya ketat sangat. Tak tahan la kalau kerja dengan diaorang,”

“Ooo..macam tu. Erm..kalau akak offer Yana kerja kat butik akak nak tak?”

“Butik akak? Serius?” soal Dayana terkejut. Syuhada menganggukkan kepala.

“Best juga tapi…abang bagi ke Dee kerja kat butik akak?”

“Sebenarnya akak dah tanya pada Abang Amar, dia izinkan. Papa, mama dan Abang Amir pun izinkan Yana kerja kat butik akak. Abang Amar kata, kalau Yana tak nak, akak kena paksa supaya Yana setuju kerja kat butik akak,” ujar Syuhada berterus-terang.

“Apa? Abang Ngah suruh akak paksa Dee kerja dengan akak kalau Dee tak nak? Melampau la abang ni, nak kena ni,”

“Nak tak?”

“Mestilah nak sebab dah lama Dee berangan nak ada butik sendiri tapi Dee mana ada modal so dapat kerja dengan akak pun dah kira okey dah ni. Bila nak mula?” soal Dayana tidak sabar.

“Hari Sabtu baru butik akak dibuka so hari Sabtulah Yana mula kerja tapi untuk beberapa bulan pertama ni akak tak mampu nak bagi gaji mahal tapi akan datang insya-Allah,”

“Ala…akak jangan risau. Pasal gaji, Dee no problem. Lagi pun kalau tak cukup duit, Dee buat personal loan dengan Abang Long atau Abang Ngah,” ucap Dayana sambil ketawa kecil. Syuhada turut ketawa mendengar kata-kata Dayana.

“Amboi….ketawa sakan nampaknya dua beradik ni. Mengutuk abang la tu,”

“Hello…lain kali bagi salam dulu ya. Takde sapa pun yang mengutuk abang. Orang cite pasal benda lain la, takde kena mengena dengan abang. Betul tak, Kak Syue?”

“Betul. Kami berbual tentang hal perempuan bukannya mengutuk U,” jawab Syuhada sambil mengenyitkan mata pada Dayana.

“Tu kenyit-kenyit mata kenapa?” soal Amar Mukhlis tidak puas hati.

“Itu tandanya benda tu rahsia kami berdua. Abang tak boleh tahu. Ada faham?”

“Kerek ya, potong elaun nanti,”

“Tak heran. Kalau abang potong elaun, Dee minta dengan Abang Long tak pun Dee minta dengan Kak Syue,”

“Eeiii..tak malunya,” ejek Amar Mukhlis mahu mengusik Dayana. Dayana hanya menjelirkan lidah.

“Abang datang sini nak ajak balik ke?”

“Ye lah. Dah lewat ni, esok dia juga yang susah nak bangun pagi,”

“Apa ni, bocorkan rahsia orang. Jagalah abang nanti. Ada ubi ada batas…”

“Jom cepat. Syue, I balik dulu. Tengahari esok kita jumpa,”

“Okey, drive carefully. Ingat U bawa orang lain sama bukannya U sorang je,” pesan Syuhada pada Amar Mukhlis.

“Okey, my dear. I ingat pesan U. See you tomorrow,”

“Bye, Kak Syue. Nanti kita jumpa hari Sabtu,”

“Bye,” balas Syuhada.

21

“Kita nak pergi majlis siapa sebenarnya ni?” soalku pada Abang Ngah yang kusyuk memandu.

“Rumah kawan abang. Kenapa?”

“Rumah kawan ke rumah awek? Baik abang cakap betul-betul,”

“Kalau abang tak nak cakap?”

“Tak nak cakap? Erm..okeylah. Tak paksa,” ujarku sambil senyum walaupun aku tahu Abang Ngah tak nampak senyuman aku tu.

“Merajuk ke?” soal Abang Ngah.

“Ish…tak kuasa nak merajuk pasal benda-benda kecil ni. Dee bukannya macam Kak Ika yang kuat merajuk tu,” ucapku selamba. Nasib baik Abang Long tak ikut, kalau tidak, harus dia terasa sebab aku mengutuk kekasihnya.

“Kutuk kakak ipar sendiri,” tegur Abang Ngah.

“Belum jadi kakak ipar lagi,”

“Bakal jadi,” jawab Abang Ngah tidak mahu mengalah dengan aku.

“Jauh lagi ke?” soalku mengubah topik, tak suka sebenarnya nak berbicara tentang Kak Ika lama-lama.

“Lagi 15 minit,”

Aku mengangguk dan mendiamkan diri. Sekadar mendengar celoteh DJ Najman di Sinar FM.

“Apa lagi tu, tak nak turun ke?” Teguran Abang Ngah mengejutkan aku.

“Dah sampai?” soalku terkejut namun aku tetap membuka pintu kereta dan keluar berjalan menuju ke arah Abang Ngah yang sudah di depan.

“Tahulah nak jumpa buah hati tapi janganlah laju sangat. Dee bukannya kenal orang-orang semua ni,” bisikku pada Abang Ngah sebaik saja aku dapat menyaingi langkahnya. Abang Ngah hanya tersenyum.

“Hai, Amar!”

“Hai! Lama betul kau ‘terbang’ kali ni. Nasib baik malam ni ada ye,” ujar Abang Ngah menegur tetamu yang menegurnya tadi. Aku hanya mematung disebelah Abang Ngah.

“Datang berdua je ke? Amir mana?”

“Abang Amir baru balik kerja tadi so aku datang dengan Dee aje. Kau pun datang seorang ke? Mana Yanti?”

“Ish..aku mestilah datang dengan Yanti, mana boleh tinggal. Dia ada kat sana tu dengan Syue,”

“Okeylah, Zal. Aku masuk jumpa Syue. Nak kenalkan dengan adik aku ni,” ucap Abang Ngah sambil menarik tanganku agar mengikutnya.

“Silakan,” ucap Rizal.

“Ehem…ehem…semua orang dah datang ke?”

“Ada beberapa orang lagi yang belum sampai tapi U dah sampai, boleh la mulakan majlis,”

“Yana, kenalkan inilah buah hati abang, Kak Zara Syuhada,”
Ujar Abang Ngah memperkenalkan temannya kepada ku. Aku tersenyum lalu menyambut huluran tangan Kak Zara.

“Happy birthday, kak. Tapi sorry sebab Dee tak bawa hadiah. Abang tak bagitau,”

“Terima kasih. Takpe, Yana sudi datang pun dah kira hadiah untuk akak,”

“Kata nak mulakan majlis, apa lagi ni,” soal Abang Ngah tak sabar-sabar.

“Sekejap, I bagitau papa, minta papa bacakan doa,”

Majlis sambutan hari lahir Kak Syue berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Rupa-rupanya majlis itu bukan sahaja majlis sambutan hari lahir tapi juga majlis doa selamat sempena pembukaan butik pengantin milik Kak Syue. Di majlis itu juga aku sempat beramah mesra dengan bakal Kak Ngah aku tu. Pandai sungguh Abang Ngah aku merahsiakan hal itu tapi aku pasti sangat bahawa hanya aku je yang tak tahu tentang Kak Ngah aku tu sebab dari gaya Abang Ngah dan Kak Syue berbual tentang keluarga kami, nampak macam Kak Syue memang dah kenal lama dengan keluarga aku.

Monday, May 14, 2007

20

Aku merenung kosong skrin computer yang memaparkan gambar Amy Mastura. Tak rupa mak orang pun, bisikku. Kemudian jari-jemariku menekan tetikus membuka satu persatu laman web yang ada kaitan dengan Amy Mastura. Jam di dinding kujeling. Alamak, dah pukul 7. Baju belum gosok lagi. Lalu dengan pantas aku menutup semua tingkap yang terbuka di skrin komputerku dan shut down. Dengan segera aku bangun dan bergerak ke almari pakaian di sudut bilik. Aku termenung seketika di hadapan almari yang sudah kubuka pintunya. Nak pakai baju mana ni, bisikku. Akhirnya aku mengambil sehelai blaus berwarna maroon dan bercorak abstrak. Dalam masa yang sama aku mencapai sehelai tudung dari rona yang sama. Tanpa membuang masa aku segera menuju ke arah iron board yang terletak di sebelah almari. Selesai menggosok tudung dan baju, aku segera bersiap. Nasib baik juga sekarang ni aku jadi ‘rakyat Negara Jepun’ jadi tak perlu nak kelam-kabut untuk solat.

Aku membetulkan tudung yang telah tersarung dikepala. Erm, okey dah ni, bisik hatiku. Kemudian aku mencapai lipstick lalu mencalitkan ke bibirku.

“Yana, tak siap lagi ke?”

“Kejap, dah siap dah. Tengah letak jarum kat tudung,” jawabku.

“Cepat, abang tunggu kat bawah,”

Ish..baru pukul 8.20, kata 8.30, dengusku tak puas hati. Setelah puas hati dengan penampilanku, aku mencapai beg tangan dan keluar dari bilik menuju ke bawah.

“Lamanya anak mama bersiap,” tegur mama. Aku senyum,

“Mana ada lama. Biasa je,”

“Jom, kita dah lambat ni. Tak manis kalau kita sampai majlis dah mula,”

“La..kata 8.30, ni belum lagi. Apsal kelam-kabut sangat?” soalku pada Abang Ngah.

“Dia takut ‘buah hati’ dia merajuk kalau dia lambat,” sampuk papa yang sedang kusyuk menonton Buletin Utama. Aku memandang Abang Ngah,

“Buah hati? Oo..ini birthday party awek Abang Ngah la,” ucapku sambil menganggukkan kepala. Pandai nak berahsia dengan aku, siaplah dia, bisikku.

“Apa-apa ajelah. Jomlah cepat tuan puteri intan berlian,” ucap Abang Ngah sambil menarik tanganku agar mengikutnya.

“Okey papa, mama. Dee pergi dulu,” ucapku lalu mencium tangan papa dan mama seperti selalu apabila aku ingin keluar. Abang Ngah juga membuat perkara yang sama.

19

“Pergi mana dengan Yana tadi?” soal Puan Mariah pada Amar Mukhlis.

“Indah Mall,”

“Buat apa?” tanya Encik Fadzil ingin tahu.

“Cari hadiah untuk birthday kawan,” jawab Amar Mukhlis tanpa menyebut nama Zara Syuhada. Encik Fadzil hanya menganggukkan kepala, dia tahu siapa kawan yang dimaksudkan oleh anak bujangnya itu.

“Abang Long tak balik lagi ke?” soal Dayana sebaik saja tiba di ruang makan. Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah Amar Mukhlis.

“Sekejap lagi sampailah. Kenapa?”

“Takde apa-apa, just asking,” ujar Dayana menjawab pertanyaan Puan Mariah.

“Abang Ngah, tuangkan air milo,” pinta Dayana.

“Tuanglah sendiri,” kata Amar Mukhlis sambil meletakkan teko berisi air milo di hadapan Dayana. Dayana mencebikkan bibir,

“Nak bermanja pun tak boleh. Tolongla tuangkan, sebagai upah pergi beli tudung tadi,”

“Aik…tadi kan dah dapat upah?”

“Tadi tu lain…” jawab Dayana selamba.

“Apa upahnya?” tanya Encik Fadzil.

“Bukan upah la, pa. Hadiah,” ujar Dayana membetulkan ayat yang diutarakan oleh Encik Fadzil.

“Ye lah…apa hadiahnya?”

“Tudung,”

“Saya kesian dekat dia, pa. Nampak berkenan sangat kat tudung tu jadi saya belikan,” ujar Amar Mukhlis selamba, saja mahu mengusik adiknya. Dayana menjeling.

“La..kesian ke? Tak kisahlah kesian ke apa ke janji tudung tu dah jadi hak milik Dee tanpa perlu mengeluarkan duit,” jawab Dayana senyum. Encik Fadzil dan Puan Mariah hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Amar Mukhlis dan Azlin Dayana. Tiba-tiba keriuhan mereka di ruang makan dikejutkan oleh bunyi loceng di pintu depan.

“Yana, pergi tengok,” arah Amar Mukhlis.

“Ala..abang la pergi tengok,”

“Yana!” ujar Amar Mukhlis tegas.

“Okey, okey,” jawab Dayana sambil bangun menuju ke depan.

“La..Abang Long. Ingatkan siapalah yang datang. Kunci mana?” soal Dayana sebaik saja melihat wajah Amir Mukhlis berada di depan pintu.

“Tertinggal kat pejabat. Tadi kelam-kabut, nak cepat jumpa Kak Ika,”

Dup! Bagaikan mahu terjatuh jantung Dayana sebaik saja mendengar nama bakal kakak iparnya disebut oleh Amir Mukhlis.

“Napa ni?”

“Hah?! Takde apa. Jom, kami tengah minum,” ujar Dayana sambil membawa beg kerja Amir Mukhlis.

“Assalamualaikum…” ucap Amir Mukhlis tika tiba di ruang makan.

“Waalaikumussalam,” jawab mereka yang ada di situ serentak. Puan Mariah bangun mengambil cawan untuk Amir Mukhlis.

“Lambat balik hari ni,”

“Erm…Mir jumpa dengan Ika tadi. Bincang tentang design terbaru perabot untuk kedai baru dia kat Taiping tu,”

“Kak Ika dengan siapa?” soal Dayana ingin tahu.

“Dia dengan kawan dia,”

“Lelaki ke perempuan?”

“Aik..napa banyak soal ni?” Amir Mukhlis merenung Dayana, pelik dengan soalan yang ditanya.

“La..saja je nak tau,” jawab Dayana sambil melemparkan senyuman.

“Dia dengan budak kedai dia. Perempuan,” jelas Amir Mukhlis. Dayana hanya menganggukkan kepala.

“Dee nak baik bilik dulu, nak surf internet jap,”

“Jangan lama-lama mengadap internet tu. Pukul 8.30 kita pergi,” ujar Amar Mukhlis.

“Pergi mana?”

“Temankan abang pergi birthday party,”

“Hah? Birthday party? Birthday siapa? Kat mana?”

“Birthday kawan Abang Ngah. Kat mana tu rahsia. Tapi pakai elok-elok sikit ya,”

“Baju kurung?”

“Tak payahlah baju kurung tapi pakai la blaus dengan slack. Manis sikit,”

“Ala..blaus dengan jean la..” pinta Dayana.

“Yang tak nak pakai slack tu kenapa?” soal Puan Mariah.

“Leceh la, ma. Nampak macam feminine sangat,”

“Bagus la tu,”

“Tak naklah. Boleh tak, pakai jean dengan blaus?”

“Boleh la. Tapi jangan lambat. Tepat pukul 8.30 kita pergi,”

“Okey boss,” jawab Dayana lalu mengatur langkah ke biliknya di tingkat atas.

“Birthday Syue?” soal Amir Mukhlis ingin tahu.

“Yup..Abang nak ikut ke? Kalau nak ikut boleh saja,”

“Thanks but no, thanks. Nak rehat, penatlah hari ni banyak kerja,” ucap Amir Mukhlis menolak ajakan Amar Mukhlis.

“A’ah. Lupalah pulak, keje banyak pastu tadi melayan kerenah buah hati..hehehe,” kata Amar Mukhlis sambil mengenakan abangnya. Amir Mukhlis sekadar tersenyum. Tangannya pantas mencapai pisang goreng yang terhidang di depan mata. Kemudian dia mencapai pula air milo yang siap dituang ke dalam cawannya.

“Okeylah, Mir nak naik atas dulu. Nak mandi, melekit dah badan ni,” ucap Amir Mukhlis meminta diri. Encik Fadzil dan Puan Mariah hanya menganggukkan kepala tanda mengizinkan Amir Mukhlis berlalu.